MALAM KEMUNCAK APRESIASI BINTANG 2017 | FIFTH COLLEGE
» NEWS » MALAM KEMUNCAK APRESIASI BINTANG 2017

MALAM KEMUNCAK APRESIASI BINTANG 2017

Oleh : Fatin Nabila Sahudi

 

Malam Kemuncak Apresiasi Bintang 2017 telah berlangsung dalam suasana yang cukup gilang gemilang pada 14 Mei 2017 bertempat di Palace Of The Golden Horses, Sri Kembangan. Bertemakan "Hoolywood Blingz", ternyata majlis pada malam tersebut cukup meriah dengan pelbagai persembahan.

Majlis yang dihadiri oleh 80 pelajar tahun akhir dan tetamu jemputan bertujuan meraikan para pelajar tahun akhir Kolej Kelima yang bakal menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi serta memberi pengiktirafan kepada pelajar tahun akhir yang telah banyak menyumbang bakti kepada kolej Kelima yang tercinta.

Pada malam tersebut, sebanyak 7 Anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Harmoni Emas, Anugerah Budi Harmoni, Anugerah Tinta Harmoni, Anugerah Panca Harmoni, Anugerah Olahragawan/Wati Kolej, Anugerah Budayawa/Wanis Kolej dan Anugerah Setia Harmoni. Saudara Mohd Faizal bin Azri, Bacelor Perakaunan telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Harmoni Emas iaitu anugerah tertinggi kolej. Beliau membawa pulang sebuah piala pusingan, piala iringan, sebuah jam tangan, hamper sumbangan Little Trees, sijil dan jambangan bunga. Anugerah disampaikan oleh Yang berbahagia Tuan Fazly Ishak, CEO Little Trees Malaysia yang merupakan juga penaja utama MKAB 2017.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.

 

Updated:: 09/06/2017 [khairulhafiz]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1511515716