|
 Pengenalan Kolej Kolej Kelima telah mula beroperasi pada 12 Ogos 1977. Ianya terdiri dari 4 blok yang dinamakan sempena nama ikan tempatan iaitu Baung, Jelawat, Kelah dan Kalui. Pelbagai kemudahan disediakan bagi memastikan pelajar mendapat suasana yang kondusif seperti makmal komputer, internet, dewan kuliah, bilik mesyuarat VIP, bilik mesyuarat MTM, bilik bacaan, bilik seminar, studio muzik, dewan kolegiat, kiosk, gelanggang dan peralatan sukan serta pelbagai kemudahan lain.
Pentadbiran Kolej diketuai oleh seorang pengetua dibantu oleh pengurus, barisan felo dan staf yang berdedikasi serta komited dalam memastikan kemudahan dan suasana kolej sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Ini adalah antara faktor utama bagi Kolej Kelima mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum seterusnya melahirkan ramai cendiakawan yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing setelah bergraduat. Malah Kolej ini kerap menjadi tumpuan apabila banyak program dan majlis penting peringkat universiti berlangsung di sini.
Kolej yang menggunakan warna jingga sebagai warna rasmi dan menggunakan moto "HIDUP BERHARMONI' sering melakar kejayaan di pelbagai peringkat dengan penyertaan dan juga penganjuran program di peringkat universiti mahupun kebangsaan. 'Kolej Harmoni' ini juga terkenal dengan penganjuran program dan aktiviti kepimpinan. Setelah hampir 30 tahun, Kolej Kelima telah berjaya dan masih mempertingkatkan usaha melahirkan insan yang cemerlang dan berdaya saing dengan penerapan nilai modal insan dengan minda pertama.
HIDUP BERHARMONI, BERILMU BERBAKTI |
|