 |
 |
 |
Kolej
Kelima telah mula beroperasi pada 12 Ogos 1977. Ianya terdiri dari 4 blok
yang dinamakan sempena nama ikan tempatan iaitu Baung, Jelawat, Kelah
dan Kalui. Pelbagai kemudahan disediakan bagi memastikan pelajar mendapat
suasana yang kondusif seperti makmal komputer, internet, dewan kuliah,
bilik mesyuarat VIP, bilik mesyuarat MTM, bilik bacaan, bilik seminar,
studio muzik, dewan kolegiat, kiosk, gelanggang dan peralatan sukan
serta pelbagai kemudahan lain.
Pentadbiran Kolej diketuai oleh seorang pengetua dibantu oleh pengurus,
barisan felo dan staf yang berdedikasi serta komited dalam memastikan
kemudahan dan suasana kolej sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan
selesa. Ini adalah antara faktor utama bagi Kolej Kelima mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum seterusnya
melahirkan ramai cendiakawan yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing
setelah bergraduat. Malah Kolej ini kerap menjadi tumpuan apabila
banyak program dan majlis penting peringkat universiti berlangsung
di sini.
Kolej yang menggunakan warna jingga sebagai warna rasmi dan menggunakan
moto "HIDUP BERHARMONI' sering melakar kejayaan di pelbagai peringkat
dengan penyertaan dan juga penganjuran program di peringkat universiti
mahupun kebangsaan. 'Kolej Harmoni' ini juga terkenal dengan penganjuran
program dan aktiviti kepimpinan. Setelah hampir 30 tahun, Kolej Kelima
telah berjaya dan masih mempertingkatkan usaha melahirkan insan yang
cemerlang dan berdaya saing dengan penerapan nilai modal insan dengan
minda pertama.
HIDUP BERHARMONI, BERILMU BERBAKTI
Sila lawati portal Kolej Kelima : http://k5.upm.edu.my
|
|